
Pernah tengok filem "Do Re Mi" ??? Memang best cerita tu. Tengok banyak kali pun masih boleh tergelak lagi. Tapi gelak2 jugak, cerita tu macam cerita2 Allahyarham Tan Sri P ramlee yang lain memang sarat dengan pengajaran. Aku memang tabik dengan Do Re dan Mi. Walaupun kelulusan tak seberapa tetapi mereka tetap berusaha untuk mencari rezeki yang halal. Tidak mencuri, tidak merompak, tidak meragut. Siap tangkap peragut lagi.


Berniaga memang menguntungkan kalau kena pada caranya. Usaha Do, Re dan Mi patut di puji. Kalau mereka mengkaji kesilapan2 yang mereka lakukan dalam bisnes mereka sebelum itu, lama kelamaan pasti mereka akan berjaya. Bisnes berus gigi gagal kerana strategi pemasaran yang tak betul. Bisnes ubat pula gagal kerana produk yang tak betul. Pendek kata jangan berputus asa kalau gagal dalam perniagaan. Kaji di mana silapnya. Insyallah kita boleh berjaya di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment