Saturday, November 7, 2009

KELANTAN 1 - 3 NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan menamatkan penantian selama 61 tahun untuk menjulang Piala Malaysia apabila menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Perlawanan boleh dikatakan seimbang antara kedua-dua pasukan tetapi kesilapan bahagian pertahanan Kelantan dan ketajaman penyudah barisan serangan Negeri Sembilan telah menghampakan ribuan penyokong Kelantan yang hadir di stadium pada malam itu. Aksi ganas sebilangan penonton pada malam itu yang membakar mercun serta menyalakan api dengan memBakar sepanduk telah mencacatkan suasana meriah perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 dan memburukkan imej bolasepak negara pada amnya.



Tapi apa yang aku nak bincangkan di sini adalah mengenai potensi komersial bolasepak di Malaysia. Melihat pada jersey pasukan Kelantan, nampaknya mereka tidak mempunyai masalah kewangan kerana mempunyai penaja2 seperti AirAsia, Alhammar dan sportzone. Manakala Negeri Sembilan hanya mempunyai lambang TM selaku penaja kejohanan. Tidaklah menghairankan bagi Kelantan yang dipengerusi oleh seorang menteri untuk mencari penaja. Begitu jugalah kebanyakan pasukan2 negeri yang semuanya dipengerusikan oleh ahli2 politik. Namun tak semuanya mampu menarik tajaan untuk pasukan masing2.

Kesemua pasukan bolasepak negeri di Malaysia ni terlalu bergantung pada pengaruh politik untuk mencari penaja. Sedarkah mereka kalau setiap pasukan mampu menarik penonton untuk memenuhi stadium pada setiap perlawanan pastinya ramai syarikat2 besar yang mahu menaja. Pendedahan media juga penting. Kalau FAM berjaya meningkatkan publisiti bolasepak Malaysia pastinya jumlah tajaan juga bertambah. Malangnya media tempatan kurang memberi perhatian terhadap bolasepak Negara. Kadang tak ada langsung berita mengenai bolasepak Negara di ruangan sukan sesetengah akhbar. Siaran langsung pon kadang ada kadang tak ada.

Di eropah bolasepak adalah sebuah industri yang bernilai jutaan ringgit. Potensi untuk bolasepak Malaysia menjadi sebuah industry tetap ada. Terpulanglah kepada FAM dan persatuan bolasepak negeri untuk menjayakannya. Bolasepak Malaysia tak akan berkembang selagi bolasepak Malaysia terus bergantung kepada pengaruh serta menjadi alat politik. Komersialkan bolasepak Malaysia, insyallah akan ada kemajuan.

No comments:

Post a Comment