Saturday, February 13, 2010

DO RE MI



Pernah tengok filem "Do Re Mi" ??? Memang best cerita tu. Tengok banyak kali pun masih boleh tergelak lagi. Tapi gelak2 jugak, cerita tu macam cerita2 Allahyarham Tan Sri P ramlee yang lain memang sarat dengan pengajaran. Aku memang tabik dengan Do Re dan Mi. Walaupun kelulusan tak seberapa tetapi mereka tetap berusaha untuk mencari rezeki yang halal. Tidak mencuri, tidak merompak, tidak meragut. Siap tangkap peragut lagi.

Bermodalkan sepuluh ringgit yang dipinjamkan dari awek rumah depan, Do,Re dan Mi memulakan perniagaan menjual berus gigi. Mereka menggunakan taktik paksa-beli dengan menceroboh rumah orang kaya dan memaksa orang kaya itu membeli berus gigi mereka. Tapi malangnya rumah orang kaya tu ada polis, maka gagal lah penjualan mereka pada kali itu. Agaknya dari filem inilah sindiket gores dan menang mendapat idea untuk membuat jualan secara paksa.

Selepas gagal dalam bisnes berus gigi, Do, Re dan Mi cuba pula untuk berniaga ubat. "UBAT ISTIMEWA, KALAU SALAH SAPU BANGUN PAGI HILANG NYAWA". Mereka menjual di tepi jalan, menarik perhatian dengan nyanyian. Hasilnya memang lumayan. Masalahnya ubat mereka adalah ubat tipu. Bila kantoi habis kena kejar dengan orang ramai.


Berniaga memang menguntungkan kalau kena pada caranya. Usaha Do, Re dan Mi patut di puji. Kalau mereka mengkaji kesilapan2 yang mereka lakukan dalam bisnes mereka sebelum itu, lama kelamaan pasti mereka akan berjaya. Bisnes berus gigi gagal kerana strategi pemasaran yang tak betul. Bisnes ubat pula gagal kerana produk yang tak betul. Pendek kata jangan berputus asa kalau gagal dalam perniagaan. Kaji di mana silapnya. Insyallah kita boleh berjaya di masa hadapan.

Saturday, November 7, 2009

KELANTAN 1 - 3 NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan menamatkan penantian selama 61 tahun untuk menjulang Piala Malaysia apabila menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Perlawanan boleh dikatakan seimbang antara kedua-dua pasukan tetapi kesilapan bahagian pertahanan Kelantan dan ketajaman penyudah barisan serangan Negeri Sembilan telah menghampakan ribuan penyokong Kelantan yang hadir di stadium pada malam itu. Aksi ganas sebilangan penonton pada malam itu yang membakar mercun serta menyalakan api dengan memBakar sepanduk telah mencacatkan suasana meriah perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 dan memburukkan imej bolasepak negara pada amnya.



Tapi apa yang aku nak bincangkan di sini adalah mengenai potensi komersial bolasepak di Malaysia. Melihat pada jersey pasukan Kelantan, nampaknya mereka tidak mempunyai masalah kewangan kerana mempunyai penaja2 seperti AirAsia, Alhammar dan sportzone. Manakala Negeri Sembilan hanya mempunyai lambang TM selaku penaja kejohanan. Tidaklah menghairankan bagi Kelantan yang dipengerusi oleh seorang menteri untuk mencari penaja. Begitu jugalah kebanyakan pasukan2 negeri yang semuanya dipengerusikan oleh ahli2 politik. Namun tak semuanya mampu menarik tajaan untuk pasukan masing2.

Kesemua pasukan bolasepak negeri di Malaysia ni terlalu bergantung pada pengaruh politik untuk mencari penaja. Sedarkah mereka kalau setiap pasukan mampu menarik penonton untuk memenuhi stadium pada setiap perlawanan pastinya ramai syarikat2 besar yang mahu menaja. Pendedahan media juga penting. Kalau FAM berjaya meningkatkan publisiti bolasepak Malaysia pastinya jumlah tajaan juga bertambah. Malangnya media tempatan kurang memberi perhatian terhadap bolasepak Negara. Kadang tak ada langsung berita mengenai bolasepak Negara di ruangan sukan sesetengah akhbar. Siaran langsung pon kadang ada kadang tak ada.

Di eropah bolasepak adalah sebuah industri yang bernilai jutaan ringgit. Potensi untuk bolasepak Malaysia menjadi sebuah industry tetap ada. Terpulanglah kepada FAM dan persatuan bolasepak negeri untuk menjayakannya. Bolasepak Malaysia tak akan berkembang selagi bolasepak Malaysia terus bergantung kepada pengaruh serta menjadi alat politik. Komersialkan bolasepak Malaysia, insyallah akan ada kemajuan.

Monday, November 2, 2009

WHAT SELLS?

Same things but cheaper

Unnecessary stuff but trendy

Brands

Quality

Necessity

Fear

Thursday, October 15, 2009

Usahawan muda


Semalam aku baca satu artikel kat yahoo pasal usahawan2 muda terbaik Amerika. Memang dasat btol tgok kejayaan usahawan2 yang kebanyakannya berusia awal 20an. Persamaan2 yg boleh dilihat antara mereka semua ialah, kreativiti, berani buat luar dari kebiasaan (bukan luar tabii), minat, kesungguhan dan tuah. Kebanyakannya buat online bisnes. Tapi ada gak yang wat bisnes2 biasa cam jual baju dan ada gak yang terlibat dgan hi-tech bisnes.

Tv, paper, media kat Malaysia ni patut byk dedahkan cerita2 pasal kejayaan usahawan2 kt Malaysia nih. baru la anak2 muda kat Malaysia ni terpanggil utk berniaga. Tak la buang masa merempit dan wat benda2 tak berfaedah. Bukan asyik cerita pasal politik, propaganda kerajaan dan hiburan. Tapi nak wat camna, benda2 tu yang org suka amik tau.

Kalau anda seorang usahawan yang berjaya atau kenal sapa2 usahawan2 yg dasat2, kongsi2 la rahsia kejayaan anda ngan sy nih. Kawan pon nak kaya gak!

Sunday, September 13, 2009

HAJI - UMRAH - KAYA



Bulan lepas buat pertama kalinya aku memanfaatkan passport antarabangsa aku. Destinasinya adalah Mekah bagi menunaikan umrah. Aku pi dengan mak bapak serta mak long aku. Aku tiba di sana pada 1 ramadhan. Berkelana ke bumi asing memang seronok. dapat melihat pelbagai budaya manusia. Sememangnya satu pengalaman baru yang amat menarik.

Haji adalah salah satu rukun Islam yang difardhukan lebih seribu tahun dahulu dan rasulullah menggalakkan kita untuk menunaikan Umrah sekerap yang mampu. Di zaman pengangkutan yang paling laju hanyalah kapal laut, dan kenderaan darat hanyalah haiwan tunggangan, Islam telahpun menyuruh umatnya untuk pergi ke Mekah bagi menunaikan ibadat2 tersebut.

Kalau lihat dari segi ibadat, haji dan umrah hanyalah sebuah lagi ibadat, tapi kalau dilihat dari segi yang lain, kita dapat lihat bagaimana Islam mencabar umatnya untuk mengembara, tidak menjadi katak dibawah tempurung. Ia juga merupakan satu cabaran untuk menguatkan lagi ekonomi diri. Untuk menunaikan haji-umrah bukannya murah, sekarang ini kosnya ialah beribu2 ringgit. Bagi mereka yang benar2 beriman dan mahu menjadi tetamu Allah, maka terpaksalah berusaha memajukan diri, mencari kekayaan bagi merealisasikan cita2 itu.

Selain itu perjalanan ke sana itu sendiri banyak memberi manfaat. Mengembara ke dunia asing membuka minda kepada banyak perkara baru. Budaya baru, kenalan baru, tempat2 baru mampu membuka lebih banyak pintu rezeki. Bagi mereka yang belum berkesempatan untuk ke sana, semoga post kali ini dapat menanamkan cita2 untuk ke sana buat anda. Jangan dirisaukan hal wang ringgit, kalau niat dah ada pasti Allah akan membantu.

Sunday, July 19, 2009

PUBLIC ENEMY


I just watched "Public Enemy" last week. Starring two of my favourite actors, Johnny Depp and Christian Bale. As usual, Johny Depp never dissapoint me. The pace of the movie is quite slow and it was a very long one. Over 2 hours. But still its enjoyable. Its good to have this kind of movie once in a while. Movie with minimal special effect, just a good old fashion movie. There is one line in the movie which i really like. The one which Johnny said to his girlfriend, 'It doesn't matter where you came from, what is more important is where are you heading to'. Its true, if we have nowhere to go then we'll be stuck where we come from. I dont come from a businessman family but it doesnt meant i wont have a successfull business. If i fail in a business at least i'm going somewhere. If i dont start/involve in a business then i'll be stuck from where i came from, a working group/middle class family.





Friday, July 17, 2009

FOREX TRADING


I just got involved in forex trading few weeks ago. Opened a demo account with usd50000. It is a good way of making money with very minimal effort. All u need is just a computer with internet connection. U can make/lost hundred or thousand of dollars in just a matter of minutes/seconds. It is a risky thing and u need to be knowledgable with the trade to take the risk. Dont just simply jump in. Up until now, I lost about usd1000 luckily it was only virtual money. I need to learn more about the trade before I am confident to open a real account. My friend gave me few suggestion where i can learn about the trade. I really want to learn it and start making money from it.