Saturday, November 7, 2009

KELANTAN 1 - 3 NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan menamatkan penantian selama 61 tahun untuk menjulang Piala Malaysia apabila menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Perlawanan boleh dikatakan seimbang antara kedua-dua pasukan tetapi kesilapan bahagian pertahanan Kelantan dan ketajaman penyudah barisan serangan Negeri Sembilan telah menghampakan ribuan penyokong Kelantan yang hadir di stadium pada malam itu. Aksi ganas sebilangan penonton pada malam itu yang membakar mercun serta menyalakan api dengan memBakar sepanduk telah mencacatkan suasana meriah perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 dan memburukkan imej bolasepak negara pada amnya.



Tapi apa yang aku nak bincangkan di sini adalah mengenai potensi komersial bolasepak di Malaysia. Melihat pada jersey pasukan Kelantan, nampaknya mereka tidak mempunyai masalah kewangan kerana mempunyai penaja2 seperti AirAsia, Alhammar dan sportzone. Manakala Negeri Sembilan hanya mempunyai lambang TM selaku penaja kejohanan. Tidaklah menghairankan bagi Kelantan yang dipengerusi oleh seorang menteri untuk mencari penaja. Begitu jugalah kebanyakan pasukan2 negeri yang semuanya dipengerusikan oleh ahli2 politik. Namun tak semuanya mampu menarik tajaan untuk pasukan masing2.

Kesemua pasukan bolasepak negeri di Malaysia ni terlalu bergantung pada pengaruh politik untuk mencari penaja. Sedarkah mereka kalau setiap pasukan mampu menarik penonton untuk memenuhi stadium pada setiap perlawanan pastinya ramai syarikat2 besar yang mahu menaja. Pendedahan media juga penting. Kalau FAM berjaya meningkatkan publisiti bolasepak Malaysia pastinya jumlah tajaan juga bertambah. Malangnya media tempatan kurang memberi perhatian terhadap bolasepak Negara. Kadang tak ada langsung berita mengenai bolasepak Negara di ruangan sukan sesetengah akhbar. Siaran langsung pon kadang ada kadang tak ada.

Di eropah bolasepak adalah sebuah industri yang bernilai jutaan ringgit. Potensi untuk bolasepak Malaysia menjadi sebuah industry tetap ada. Terpulanglah kepada FAM dan persatuan bolasepak negeri untuk menjayakannya. Bolasepak Malaysia tak akan berkembang selagi bolasepak Malaysia terus bergantung kepada pengaruh serta menjadi alat politik. Komersialkan bolasepak Malaysia, insyallah akan ada kemajuan.

Monday, November 2, 2009

WHAT SELLS?

Same things but cheaper

Unnecessary stuff but trendy

Brands

Quality

Necessity

Fear

Thursday, October 15, 2009

Usahawan muda


Semalam aku baca satu artikel kat yahoo pasal usahawan2 muda terbaik Amerika. Memang dasat btol tgok kejayaan usahawan2 yang kebanyakannya berusia awal 20an. Persamaan2 yg boleh dilihat antara mereka semua ialah, kreativiti, berani buat luar dari kebiasaan (bukan luar tabii), minat, kesungguhan dan tuah. Kebanyakannya buat online bisnes. Tapi ada gak yang wat bisnes2 biasa cam jual baju dan ada gak yang terlibat dgan hi-tech bisnes.

Tv, paper, media kat Malaysia ni patut byk dedahkan cerita2 pasal kejayaan usahawan2 kt Malaysia nih. baru la anak2 muda kat Malaysia ni terpanggil utk berniaga. Tak la buang masa merempit dan wat benda2 tak berfaedah. Bukan asyik cerita pasal politik, propaganda kerajaan dan hiburan. Tapi nak wat camna, benda2 tu yang org suka amik tau.

Kalau anda seorang usahawan yang berjaya atau kenal sapa2 usahawan2 yg dasat2, kongsi2 la rahsia kejayaan anda ngan sy nih. Kawan pon nak kaya gak!

Sunday, September 13, 2009

HAJI - UMRAH - KAYA



Bulan lepas buat pertama kalinya aku memanfaatkan passport antarabangsa aku. Destinasinya adalah Mekah bagi menunaikan umrah. Aku pi dengan mak bapak serta mak long aku. Aku tiba di sana pada 1 ramadhan. Berkelana ke bumi asing memang seronok. dapat melihat pelbagai budaya manusia. Sememangnya satu pengalaman baru yang amat menarik.

Haji adalah salah satu rukun Islam yang difardhukan lebih seribu tahun dahulu dan rasulullah menggalakkan kita untuk menunaikan Umrah sekerap yang mampu. Di zaman pengangkutan yang paling laju hanyalah kapal laut, dan kenderaan darat hanyalah haiwan tunggangan, Islam telahpun menyuruh umatnya untuk pergi ke Mekah bagi menunaikan ibadat2 tersebut.

Kalau lihat dari segi ibadat, haji dan umrah hanyalah sebuah lagi ibadat, tapi kalau dilihat dari segi yang lain, kita dapat lihat bagaimana Islam mencabar umatnya untuk mengembara, tidak menjadi katak dibawah tempurung. Ia juga merupakan satu cabaran untuk menguatkan lagi ekonomi diri. Untuk menunaikan haji-umrah bukannya murah, sekarang ini kosnya ialah beribu2 ringgit. Bagi mereka yang benar2 beriman dan mahu menjadi tetamu Allah, maka terpaksalah berusaha memajukan diri, mencari kekayaan bagi merealisasikan cita2 itu.

Selain itu perjalanan ke sana itu sendiri banyak memberi manfaat. Mengembara ke dunia asing membuka minda kepada banyak perkara baru. Budaya baru, kenalan baru, tempat2 baru mampu membuka lebih banyak pintu rezeki. Bagi mereka yang belum berkesempatan untuk ke sana, semoga post kali ini dapat menanamkan cita2 untuk ke sana buat anda. Jangan dirisaukan hal wang ringgit, kalau niat dah ada pasti Allah akan membantu.

Sunday, July 19, 2009

PUBLIC ENEMY


I just watched "Public Enemy" last week. Starring two of my favourite actors, Johnny Depp and Christian Bale. As usual, Johny Depp never dissapoint me. The pace of the movie is quite slow and it was a very long one. Over 2 hours. But still its enjoyable. Its good to have this kind of movie once in a while. Movie with minimal special effect, just a good old fashion movie. There is one line in the movie which i really like. The one which Johnny said to his girlfriend, 'It doesn't matter where you came from, what is more important is where are you heading to'. Its true, if we have nowhere to go then we'll be stuck where we come from. I dont come from a businessman family but it doesnt meant i wont have a successfull business. If i fail in a business at least i'm going somewhere. If i dont start/involve in a business then i'll be stuck from where i came from, a working group/middle class family.





Friday, July 17, 2009

FOREX TRADING


I just got involved in forex trading few weeks ago. Opened a demo account with usd50000. It is a good way of making money with very minimal effort. All u need is just a computer with internet connection. U can make/lost hundred or thousand of dollars in just a matter of minutes/seconds. It is a risky thing and u need to be knowledgable with the trade to take the risk. Dont just simply jump in. Up until now, I lost about usd1000 luckily it was only virtual money. I need to learn more about the trade before I am confident to open a real account. My friend gave me few suggestion where i can learn about the trade. I really want to learn it and start making money from it.

Monday, July 6, 2009

Al-fatihah

Tanggal 30/6/09, aku kehilangan seorang kawan. Berbulan2 dia terlantar sakit. macam2 tempat dah pergi berubat. Tiada hospital yang boleh bagi penjelasan tentang sakitnya, hanya penjelasan dari pengamal perubatan tradisional je yang ada. Tak tahu la apa dan pada siapa salah yang dia dah buat sampai dahsyat sekali dia diseksa sehingga mati.

Tapi apa yang lebih menyedihkan ialah nasib anak2 dan isteri2 dia. Tak tahu la pulak kalau dia ada beli insuran atau rumah. kalau dia ada beli rumah pastinya rumah itu terus menjadi milik keluarganya. sekurang2nya ada la tempat untuk anak dan isterinya berteduh. Kalau tak rumah mak bapak la jadi tempat berteduh.

Kawan aku meninggal pada usia 37 tahun. Kematiannya menyedarkan aku tentang perlunya kita untuk bersedia untuk mati. Pesediaan untuk akhirat dan juga untuk dunia bagi mereka yang bakal kita tinggalkan. Bagi mereka yang dah berkeluarga beli la rumah sebijik sebab kalau kita mati rumah tu terus dapat percuma (kalau beli dengan insuran la) tidak la merempat keluarga yang kita tinggalkan nanti.

Monday, June 29, 2009

Micheal Jackson 1958-2009

On 25th of June 2009, Micheal Jackson left all of us at the age of 50. It is a great loss for the world and a greater loss to those that he owes to. He left behind a mountain of debt. A THRILLER of US500 million of debt according to sources cited by ‘The Wall Street Journal’ earlier this month. Despite all the records he sold, concert tours, sponsorship deals etc it is quite a surprise to me that he got such amount of debt.

There are good debts and there are BAD debts. Example of good debt is like loan for purchasing asset such as rent house. I don’t think that MJ debt was a good one. Some said that MJ was a millionaire who spends like a billionaire.

Money is magnet. It attracts people. People who want to take it away from us like a SMOOTH CRIMINAL. Having a lot of money without a good financial intelligence is DANGEROUS. We probably end up spending unnecessarily.

Back to Micheal Jackson, no matter how bad his spending habits was or how much debt he left behind and despite all the controversies he’s been through, Micheal Jackson will be forever remembered, as the one and only ‘King of Pop’. And if he is a Muslim, “ Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya”

Sunday, June 21, 2009

Air minuman/mineral







Baru2 ni aku ada dapat emel dari sorang membe pasal air minuman/mineral yang dalam botol tu. Sebahagian gambar2 dalam post ni adalah dari emel tersebut. Menurut emel tu pada tahun 2004 penggunaan air dalam botol tu adalah 26,000,000,000L bersamaan 28,000,000,000 botol yang mana 86% daripadanya berakhir sebagai sampah. 17,000,000 tong petroleum diperlukan untuk membuat 28,000,000,000 botol plastic tu. 17,000,000 petroleum tu bleh buat petrol bagi 100,000 kereta untuk setahun. Bagi mengeruhkan lagi keadaan, botol2 plastik tu pulak mengandungi bahan kimia yang mudah larut ke dalam air tersebut apabila terdedah kepada suhu yang panas dan boleh mengakibatkan kanser.









Aku memang tak berapa gemar dengan air botol tu. Lebih2 lagi yang bercop air minuman. Baca kat label dia; Sumber = bekalan air paip yang dirawat. Chaitt, baik aku masak air sendiri je. Tak berbaloi langsung. Tapi sekarang ni aku dah ada water filter kat umah cap Bio-Aura. Gi mana2 je aku bawak sebotol. Tak payah lagi minum air dalam botol tu. Lagi best dan berkhasiat.


Maka aku syorkan kepada semua yang membaca blog ni, kurangkan la beli dan minum air dalam botol tu. Dah la mencemarkan alam sekitar, bahaya untuk kesihatan, mahal plak tu. Beli la water filter sebijik letak kat rumah. Kalau nak beli yang Bio-Aura tu sila lah hubungi aku :) (hp:0192600913 ;emel jad_li@yahoo.com) harga bleh bincang dulu. Penghantaran dan pemasangan adalah percuma.


Sunday, June 7, 2009

PENDAPATAN, PERBELANJAAN, ASET, LIABILITI

“gua tedek duit aa bro” “ayah tak mampu la nak” “mahal siott” “mana la nk cari duit banyak tu?” inilah ayat2 yang selalu keluar dari mulut kebanyakan orang zaman ni. Ye lah, banyak benda dah makin mahal, tapi peningkatan pendapatan tak selari ngan petambahan kos sara hidup.

Baru-baru ni aku ada baca buku ‘Rich Dad, Poor Dad’. Buku ni memang betul2 membuka minda aku. Isi kandungan dia tadek la genius sangat. Buku tu banyak menceritakan kesilapan2 yang memang biasa kebanyakan orang buat dalam soal kewangan. Buku tu menceritakan perbezaan sikap antara orang kaya dengan orang miskin dalam soal kewangan. Aku tahu pasal buku ni sejak zaman U lagi tp tahun ni baru la terdetik hati untuk baca buku tersebut. Memang ‘rekemended’ abih la untuk orang yang merasakan dirinya tak kaya. Yang dah kaya tu tak payah la.

Dalam buku tu ada menerangkan tentang bagaimana untuk mengetahui tahap kesihatan kewangan seseorang dengan menilai empat perkara iaitu 1) Pendapatan 2) Perbelanjaan 3) Aset 4) Liabiliti

1) Pendapatan = Dari mana duit kita datang,
Bagi kebanyakan orang yang makan gaji termasuklah aku, gaji tu la satu2nya pendapatan kita.

2) Perbelanjaan = Kemana duit kita pergi
Perbelanjaan yang biasa semestilah makan-minum, bil2, hiburan, pakaian dll. Bagi yang berkeluarga lebih lagi lah perbelanjaannya.

3) Aset = Harta yang menjanakan pendapatan
Contohnya rumah sewa,

4) Liabiliti = Harta yang memerlukan perbelanjaan
Contohnya kereta (nak isi minyak, bayar insuran, road tax, maintenance dll), rumah sendiri (cukai pintu, maintenance dll)

Bagi mereka yang asyik mengeluh tak cukup duit, cuba la renungkan dan senaraikan berapa banyak pendapatan yang diperolehi, berapa banyak perbelanjaan, apakah asset yang ada dan apakah liability yang perlu ditanggung. Kalau rasa kewangan tu tak sihat cuba kurangkan perbelanjaan (susah woo) dan liability disamping menambahkan pendapatan (macam aku buat parttime hai-o) dan asset (aku pon tengah survey rumah murah2 nak buat rumah sewa).

Friday, May 22, 2009

9/10

Kata nabi junjungan kita, 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Statistik pulak menunjukkan 9/10 perniagaan yg baru nak bermula akan gagal. Jadi adakah ini bermakna aku kena gagal 9 kali dalam perniagaan sebelum berjaya? Jom kita tengok perniagaan-perniagaan aku yg dah gagal dan masih dalam pembinaan.

1) Omegatrend
Omegatrend ni adalah sebuah MLM. Aku join time tahun akhir pengajian aku di university. MLM la perniagaan yg amat mudah untuk bermula, yang modal kecik ada yg modal besar pun ada. Ramai kawan2 time tu yg buat MLM ni. Ada Luxor, CNI dll. Modal time tu RM500 lebih. Untuk student kira banyak juga la. Aku join time tu pun sebab tengok ramai kawan yang join. Aku pun teringin jugak. Malangnya, baru je aku nk bermula ‘upline’ aku dah ‘down’ lingkup camtu je perniagaan aku yang pertama.

2) Ternakan Kambing
Habis je study, ada la sorang membe aku ni ajak aku join bisnes ternakan kambing dia. Dari kertas kerja yang dia bentangkan memang perniagaan ni berpotensi besar. Pengeluaran daging kambing di Malaysia pon belum dapat menampung permintaan dalam negeri. Aku join kawan aku ni sebab yakin dengan potensi bisnes ni dan kerana waktu tu baru je habis study jadi ada jugak la aktiviti untuk mengisi masa lapang aku. Malang sekali lagi bisnes ni tak diurus dengan baik. Kambing byk mati. Modal pon da habis, lingkup la bisnes aku yang kedua. Rm 20k hangus beb! Sesiapa yang berminat nak buat bisnes ternakan kambing ni memang aku galakkan. Buat la betul2, belajar dari org yang berpengalaman.

3) Forex
Masa mula2 kerja memang kecoh pasal swisscash ataupon forex. Aku ada membe yg main forex nih. Aku tak pandai pasal forex ni jadi aku pon bagi duit kt kawan aku ni rm 2000. Dia janji nk bagi dividen 25% setiap bulan. Dah berbulan2 1% pon tak dapat. Last2 kawan aku ni bagi balik modal aku. Dia pon dah pindah kerja tempat lain. Tadek la rugi sangat. Sekarang ni pon ada lagi kawan aku yang main forex nih. Kalau tahu selok belok dia nak jugak aku join.

4) Hai-O
Satu lagi bisnes MLM yg aku baru je join bulan 3, 2009. Modal memang besar la. Aku join lepas dengar penerangan dari membe aku sendiri yang kini menjadi rakan kongsi aku. Kalau Omegatrend dulu aku aku stop sebab upline aku dah down tapi yang ini aku belum jumpa lagi sebab untuk stop. Buat je, insyalah boleh punya. Setakat ini belum balik modal pon.

5) Batik
Sambil-sambil buat Hai-o ada pulak membe aku ajak join bisnes batik dia. Aku tengok dia ni pon memang serius dengan bisnes ni sampai berhenti kerja aku pon melabur la. Bisnes ni pon masih belum mendatangkan hasil tapi kalau da rezeki tu tak kemana. Sesiapa yang berkehendakkan baju batik ke, kain batik ke boleh la hubungi aku.

Kesemuanya dah 5 bisnes yang aku dah cuba dan tengah mencuba, 3 dah kantoi dan 2 masih berjalan. Adakah 2 yang masih berjalan tu jatuh dalam 9/10 yang gagal atau 1/10 yang Berjaya? Apa-apa pun kita layann je.

Friday, May 15, 2009

Nak jugak!!!

Org blog aku pn nk blog jugak. Bukannya aku tau apa pon pasal blog ni. nk blog pasal apa pon tatau. best sgt ka blogging nih? Dari orang politik sampai budak sekolah, semua nk blog. blog, blog, blog----Go-blog!