Friday, May 22, 2009

9/10

Kata nabi junjungan kita, 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Statistik pulak menunjukkan 9/10 perniagaan yg baru nak bermula akan gagal. Jadi adakah ini bermakna aku kena gagal 9 kali dalam perniagaan sebelum berjaya? Jom kita tengok perniagaan-perniagaan aku yg dah gagal dan masih dalam pembinaan.

1) Omegatrend
Omegatrend ni adalah sebuah MLM. Aku join time tahun akhir pengajian aku di university. MLM la perniagaan yg amat mudah untuk bermula, yang modal kecik ada yg modal besar pun ada. Ramai kawan2 time tu yg buat MLM ni. Ada Luxor, CNI dll. Modal time tu RM500 lebih. Untuk student kira banyak juga la. Aku join time tu pun sebab tengok ramai kawan yang join. Aku pun teringin jugak. Malangnya, baru je aku nk bermula ‘upline’ aku dah ‘down’ lingkup camtu je perniagaan aku yang pertama.

2) Ternakan Kambing
Habis je study, ada la sorang membe aku ni ajak aku join bisnes ternakan kambing dia. Dari kertas kerja yang dia bentangkan memang perniagaan ni berpotensi besar. Pengeluaran daging kambing di Malaysia pon belum dapat menampung permintaan dalam negeri. Aku join kawan aku ni sebab yakin dengan potensi bisnes ni dan kerana waktu tu baru je habis study jadi ada jugak la aktiviti untuk mengisi masa lapang aku. Malang sekali lagi bisnes ni tak diurus dengan baik. Kambing byk mati. Modal pon da habis, lingkup la bisnes aku yang kedua. Rm 20k hangus beb! Sesiapa yang berminat nak buat bisnes ternakan kambing ni memang aku galakkan. Buat la betul2, belajar dari org yang berpengalaman.

3) Forex
Masa mula2 kerja memang kecoh pasal swisscash ataupon forex. Aku ada membe yg main forex nih. Aku tak pandai pasal forex ni jadi aku pon bagi duit kt kawan aku ni rm 2000. Dia janji nk bagi dividen 25% setiap bulan. Dah berbulan2 1% pon tak dapat. Last2 kawan aku ni bagi balik modal aku. Dia pon dah pindah kerja tempat lain. Tadek la rugi sangat. Sekarang ni pon ada lagi kawan aku yang main forex nih. Kalau tahu selok belok dia nak jugak aku join.

4) Hai-O
Satu lagi bisnes MLM yg aku baru je join bulan 3, 2009. Modal memang besar la. Aku join lepas dengar penerangan dari membe aku sendiri yang kini menjadi rakan kongsi aku. Kalau Omegatrend dulu aku aku stop sebab upline aku dah down tapi yang ini aku belum jumpa lagi sebab untuk stop. Buat je, insyalah boleh punya. Setakat ini belum balik modal pon.

5) Batik
Sambil-sambil buat Hai-o ada pulak membe aku ajak join bisnes batik dia. Aku tengok dia ni pon memang serius dengan bisnes ni sampai berhenti kerja aku pon melabur la. Bisnes ni pon masih belum mendatangkan hasil tapi kalau da rezeki tu tak kemana. Sesiapa yang berkehendakkan baju batik ke, kain batik ke boleh la hubungi aku.

Kesemuanya dah 5 bisnes yang aku dah cuba dan tengah mencuba, 3 dah kantoi dan 2 masih berjalan. Adakah 2 yang masih berjalan tu jatuh dalam 9/10 yang gagal atau 1/10 yang Berjaya? Apa-apa pun kita layann je.

Friday, May 15, 2009

Nak jugak!!!

Org blog aku pn nk blog jugak. Bukannya aku tau apa pon pasal blog ni. nk blog pasal apa pon tatau. best sgt ka blogging nih? Dari orang politik sampai budak sekolah, semua nk blog. blog, blog, blog----Go-blog!